SingatMusic


 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  
Share | 
 

 BOLA SEPAK INGGERIS yang aku minat - TOTTENHAM HOTSPUR

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts: 9
Join date: 2009-11-20

PostSubject: BOLA SEPAK INGGERIS yang aku minat - TOTTENHAM HOTSPUR   Sat Nov 21, 2009 3:55 pm



Assalamualaikum..adakah di antara korang kenal dengan kelab bola sepak inggeris Tottenham Hotspur.Mungkin tak ramai yang minat akan kelab bola sepak nih.Tapi bagi aku kelab bola sepak Tottenham Hotspur ni boleh pergi jauh.Aku tak tau kenapa aku boleh minat sangat ngan kelab bola sepak Tottenham hotspur nih.Mungkin disebabkan kelab nih tak sebongkak dan sesombong kelab lain seperti M.U,Liverpool,Arsenal,Chelsea dan lain-lain kelab bola sepak inggeris.Pada apa yang aku tengok ,Tottenham Hotspur season 2009/2010 ENGLISH PREMIER LEAGUE adalah musim kebangkitan dorang.Semenjak pasukan ini bernaung di bawah pengurus baru dorang,Harry Redknap,pasukan ni banyak menunjukkan perubahan positif.Walau pun sebelum ni pasukan Tottenham Hotspur sering berada di dalam ambang kekalahan dan kejatuhan.sebelum bermula nya era millenium,pasukan Tottenham Hotspur merupakan pasukan belasahan,sering sahaja di kaitkan dengan kekalahan.Namun itu bukan penghalang kepada peminat-peminat mereka.Peminat-peminat mereka menggelarkan pasukan ini sebagai YID ARMY,aku pun tak tahu apa maksud YID ARMY nih.Slogan " CANT SMILE WITHOUT YOU " menguatkan lagi semangat penyokong untuk terus menyokong kelab bola sepak ini.


Musim 2009/2010 ini,Tottenham telah mempunyai ramai pemain muda berbakat seperti Gareth Bale yang bermain di posisi pertahanan,Aaron Lennon bahagian tengah,Jermaine Jenas bahagian tengah,Jermain Defoe bahagian serangan dan Geovani Dos Santos bahagian serangan.Pada awal bulan Julai 2009,Peter Crouch telah berpindah dari kelab Portsmouth.Perpindahan Peter Crouch dari kelab Portsmouth sekaligus menguatkan lagi bahagian serangan kelab Tottenham Hotspur.Bagi aku,kemasukan Peter Crouch ni telah banyak mengubah corak permainan bahagian serangan Tottenham Hotspur yang sebelum ini nampak begitu goyah.Peter Crouch terkenal sebagai kepala emas ini begitu menonjol ketika di ganding kan bersama penyerang dari negara IRELAND iaitu Robbie Keane.

Apa yang aku harapkan dari kelab bola sepak inggeris yang aku minat ni,aku berharap agar kelab bola sepak Tottenham Hotspur nih pergi lebih jauh lagi dan menjuarai carta LIGA PERDANA INGGERIS musim ini dan musim akan datang.Aku kadang-kadang dah jemu asyik M.U,Chealsea,atau Arsenal menjuarai liga perdana inggeris.Yang lebih membengkakkan lagi perasaan ni,bila tengok kat kedai baju dan eksesori bola sepak,asyik baju Arsenal,MU,liverpool,Chelsea jer yang dorang jual.Takde ke baju kelab-kelab lain macam Wigan,Manchester City ke ape ke.Harapan Aku,Aku nak sangat-sangat tengok Tottenham Hotspur nih menjulang Piala Liga Inggeris buat sekian kalinya dalam sejarah kelab bola sepak dorang.


Dari Aku
Pengusaha Delima Permata
Back to top Go down
View user profile http://nubayump3.forumotion.com
 

BOLA SEPAK INGGERIS yang aku minat - TOTTENHAM HOTSPUR

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SingatMusic :: -